| Related News (Press) |
|
|
|
|
i-KAD For Foreign Workers By Year-end, Says Radzi (BERNAMA, January 16, 2008)
The Home Ministry wants the two million-odd foreign workers, including maids, to obtain the i-KAD, a new immigration identity card with 17 security features, by year-end.
Minister Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad said his ministry would issue the microchip-embedded cards when their employers renew their work permits.
"All the employer needs to do is to bring along two passport-sized photographs of the foreign worker when renewing the work permit. We will issue the i-KAD with the renewed work permit.
"The photographs can be in colour but with a white background. They have to do this fast and avoid the year-end rush," he told a press conference.
Malaysia has issued i-KADs to foreign students studying and expatriates working in the country. Of the 66,000 foreign students in Malaysia, only 20 per cent have not applied for the i-KAD, while 90 per cent of the 6,000 expatriates have the card.
Radzi said the colour-coded i-KAD for foreign workers would differ according to their employment sectors.
"With the i-KAD, foreign workers need not carry their passports every time when they go out. Having the i-KAD with them is sufficient. Their employers can keep their passports for security reasons," he said.
On another matter, Radzi said raids to flush out illegals would be continued this year, with Rela members assisting the Immigration Enforcement Division.
"Last year, we rounded up about 37,000 illegals, and this year we will go all out again. This is not the police business anymore, the Immigration and Rela have been tasked to tackle this problem.
"We will send monthly reports to the Cabinet on the arrests made" he said.
Radzi also said the government, by end of this month, would launch a compulsory insurance scheme for the 380,000 foreign maids working in Malaysia.
"Employers will have to buy the insurance for their maids. It will cost about RM75 for each maid. It will cover accidents and deaths, among others.
"We hope this effort by the government will be appreciated by the Indonesian government as most of the maids working here are from Indonesia" he said.
The minister declined to divulge further details on the scheme, saying they would be revealed when it is launched.
"Wait for end of this month. We've done all the ground work. One thing I can assure you is that the insurance company will be a government-linked company" he said.
On another matter, Radzi said his ministry would submit a Cabinet paper in two weeks, identifying the number of foreign workers and the sectors they are engaged in.
"The Cabinet has directed the ministry to come up with a cabinet paper as we want to have a clearer picture on foreign workers and the sectors they are employed in.
"This will enable us to verify the foreign labour supply and further issuance of work permits. For example, the number of workers from India and the sectors they have been employed in" he said.
He said the breakdown would also facilitate the government to identify if locals can replace foreigners in certain sectors.
"It will make it easier to manage foreign workers and to see if we can reduce them according to sectors. Hopefully, the paper will be used as a guideline...we will send it to the Cabinet in two weeks" he added.
Pekerja asing tetap dikenakan levi MB (Utusan Malaysia, 28 Mac 2008)
Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor akan tetap mengenakan levi ke atas majikan yang menggaji pekerja asing walaupun bertentangan dengan dasar Kerajaan Pusat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, walaupun tidak berkuasa untuk menggubal undang-undang, kerajaan negeri tetap memiliki kuasa mentadbir negeri bagi membolehkan cadangan itu direalisasi, justeru pelaksanaannya akan diteruskan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup kursus asas penguat kuasa negeri Selangor di Jugra di sini hari ini.
Abdul Khalid mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam semalam bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang bagi mengenakan levi ke atas majikan berjumlah RM10 sebulan untuk setiap pekerja asing.
Kerajaan negeri sebelum ini bercadang mewajibkan semua majikan menyumbang RM100 setahun bagi setiap pekerja asing untuk disalurkan ke dana khas pembangunan belia negeri.
Abdul Khalid memberitahu, dengan bayaran levi itu juga, satu sistem maklumat pekerja asing akan diwujudkan bagi menyimpan rekod, di samping memantau pergerakan pekerja asing di negeri ini.
"Melalui cara ini, kita ingin menunjukkan kepada Kerajaan Pusat cara menyimpan rekod pendatang haram.
"Dengan adanya pembayaran itu, saya akan tubuhkan sistem maklumat berpusat untuk memberi maklumat tepat mengenai mereka yang datang bekerja di Selangor" katanya.
Tegas kurangkan pekerja asing (Utusan Malaysia, 20 November 2007)
Tiga langkah kerajaan akan dilaksanakan serta-merta di sektor binaan bagi mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing di sektor binaan. Yang pertama, kerajaan akan menggalakkan penggunaan Industrialised Building System atau lebih popular dengan singkatan IBS dalam reka bentuk projek-projek kerajaan.
Kedua, menggalakkan kontraktor menggunakan khidmat Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) bagi mendapatkan khidmat pekerja asing dan ketiga menggalakkan kontraktor mendapatkan khidmat hanya pekerja asing yang mahir sahaja untuk digunakan dalam projek pembinaan.
Kerajaan telah melihat ke hadapan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing secara berperingkat-peringkat khusus di sektor binaan. Juga dimaklumkan menjelang 2010, sektor binaan akan berusaha mengehadkan kebergantungan pekerja asing kepada 15 peratus sahaja.
Penggunaan IBS akan menukarkan persepsi masyarakat terhadap sektor binaan yang umumnya menganggap ia kotor dan sukar kepada suasana yang lebih kemas proses pembinaannya, di samping mampu mengurangkan bilangan pekerja di tapak.
Penggunaan pekerja asing oleh kontraktor tempatan yang disyaratkan berdasarkan kepada saiz dan tempoh projek, dan harus melalui CLAB diharapkan mampu mengehadkan penggunaan pekerja asing tanpa batasan.
Manakala saranan kepada kontraktor agar hanya mengambil pekerja asing berkemahiran sahaja merupakan suatu saranan positif yang setidak-tidaknya memberi ingatan kepada kontraktor supaya bijak dalam memilih jenis pekerja asing yang benar-benar diperlukan dalam pelaksanaan projek mereka.
Namun begitu, masih banyak yang perlu dilaksanakan bagi merealisasikan tiga langkah yang telah diutarakan itu. Bentuk projek yang berbagai-bagai dari segi saiz, bermula daripada kerja-kerja pengubahsuaian kepada pelaksanaan projek-projek yang bersifat modular reka bentuknya, dan seterusnya kepada projek-projek mega, penggunaan IBS dilihat amat bersesuaian kepada projek-projek kerajaan yang mempunyai reka bentuk yang piawai.
Namun begitu, setakat ini ia dilihat tidak mampu digunakan kepada kesemua pelaksanaan projek terutamanya projek-projek pengubahsuaian yang mana nilai projek keseluruhannya tidak dapat tidak, turut mempunyai impak yang cukup signifikan dari segi kos.
Akibatnya pendekatan pembinaan konvensional bagi kerja-kerja pengubahsuaian akan terus menjadi pendekatan yang popular kepada kontraktor-kontraktor dan seterusnya, memerlukan pekerja yang tidak sedikit bilangannya, yang akhirnya, masalah kebergantungan kepada pekerja asing akan menjadi masalah yang tidak berkesudahan.
Usaha mengurangkan pekerja asing menerusi CLAB, merupakan suatu langkah kreatif sekiranya dapat dilaksanakan secara menyeluruh serta dilaksanakan bersama dengan pengawalan dan penguatkuasaan yang tegas dan efektif.
Jika tidak, timbul kekhuatiran yang mana pekerja asing yang diluluskan mengikut tempoh-tempoh tertentu melalui CLAB ini enggan kembali ke negara asal mereka setelah selesa mendapat pekerjaan dan pendapatan yang lumayan. Tambahan pula sekiranya bilangan pekerja asing yang diperlukan akan berdasarkan kepada saiz dan tempoh projek.
Kerajaan harus ada satu formula khusus atau asas yang jelas bagi menentukan bilangan pekerja sebenar yang diperlukan mengikut saiz dan tempoh projek tersebut. Tujuannya bagi mengelakkan keperluan kemasukan bilangan pekerja asing yang kemungkinan sengaja diada-adakan dan tidak berdasarkan kepada keperluan sebenar.
Begitu juga dengan langkah untuk menggalakkan kontraktor hanya mengambil pekerja asing yang mahir sahaja untuk bekerja. Persoalan timbul bagaimana untuk kita memastikan pekerja asing tersebut benar-benar mahir mengikut piawaian negara ini.
Adakah kita harus menguji tahap kemahiran mereka di negara asal sebelum mereka datang ke negara kita atau pekerja-pekerja asing tersebut hanya akan diuji sebaik sahaja tiba di negara kita. Ini memerlukan satu panduan yang benar-benar jelas yang boleh menjadi pedoman kepada kontraktor-kontraktor serta mana-mana majikan.
Umum menerima hakikat bahawa rata-rata pekerja asing yang datang tidak mempunyai kemahiran yang sepatutnya yang akhirnya mengakibatkan menghasilkan pembinaan yang tidak berkualiti. Telah banyak kita dengar dan lihat bangunan-bangunan yang tidak kukuh, berlaku keretakan sebelum tempoh, bahkan tidak sedikit yang terus runtuh.
Strategi
Apa yang diperhatikan, tanpa menafikan hasrat terhadap langkah-langkah tersebut, ia menampakkan bahawa negara dilihat terlalu mengharapkan kehadiran pekerja asing sebagai sumber daya yang utama dalam sektor binaan. Strategi yang diutarakan lebih menjurus kepada keperluan negara terhadap pekerja asing dalam sektor ini.
Bezanya dengan sebelum ini ialah barangkali, adanya bentuk pengawasan dalam pengagihan pekerja asing mengikut keperluan dengan panduan yang jelas untuk difahami oleh majikan. Adalah diharapkan, dengan ketegasan dalam penguatkuasaan, bukan sahaja kepada pekerja asing semata-mata yang akan diawasi, tetapi juga kepada majikan yang menggunakan khidmat pekerja-pekerja asing ini.
Tiga langkah ini, walaupun suatu yang positif, tetapi ia tidak cuba membawa minda masyarakat, khususnya kontraktor-kontraktor untuk beralih dengan memberi sedikit ruang dan keyakinan kepada puluhan ribu tenaga kerja tempatan sedia ada, apa lagi yang telah dilatih oleh institusi latihan kemahiran tajaan kerajaan yang tentunya melibatkan kos yang tidak sedikit.
Kita sedia maklum kerajaan telah mempunyai pelbagai institusi latihan kemahiran modal insan seperti Akademi Binaan Malaysia, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Mara dan Pusat Giat Mara di seluruh negara yang menawarkan latihan dalam bidang-bidang yang diperlukan negara.
Setiap tahun 15,000 telah dilatih dan menamatkan latihan walaupun keupayaan institusi latihan modal insan ini mempunyai keupayaan lebih daripada angka ini. Persoalannya ke manakah perginya insan-insan yang telah dibekalkan modal ini? Tidakkan ia merupakan kerugian yang besar kepada negara dengan membiarkan insan yang bermodal ini hilang begitu sahaja tanpa menyediakan ruang dan keyakinan?
Jika pun keupayaan tenaga kerja tempatan ini dikatakan tidak setanding dengan pekerja asing, setidak-tidaknya para kontraktor menyedari negara ada tenaga kerja terlatih yang setiap tahun jumlahnya bukan sedikit dilahirkan. Tenaga terlatih tempatan ini, jika diberi keyakinan yang berterusan dan dengan ganjaran yang setimpal bersesuaian dengan status mereka sebagai warganegara Malaysia, kita yakin corak kebergantungan kepada pekerja asing di sektor binaan akan berubah dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang.
Dengan perancangan pembangunan yang pesat dalam negara untuk tempoh beberapa tahun dari sekarang, keperluan kepada pekerja untuk sektor binaan ini amatlah terdesak. Untuk itu jangkaan untuk sektor binaan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing kepada 15 peratus dalam tempoh tiga tahun dari sekarang (2010) amatlah diragui hasilnya.
Justeru, cadangan berikut diharapkan dapat membantu memantapkan tiga langkah yang telah digariskan bagi memastikan kebergantungan kepada pekerja asing mampu dikurangkan tanpa menjejaskan perancangan pembangunan negara.
* Berusaha untuk menerapkan konsep IBS ini dalam kurikulum di setiap institusi latihan kemahiran tajaan kerajaan yang wujud di negara ini. Kita perlu memastikan sekiranya konsep IBS ini berjaya mengurangkan penggunaan pekerja di tapak pada masa akan datang, pekerja yang terlibat tersebut mestilah terdiri daripada pekerja tempatan yang telah dilatih.
* Mewujudkan lebih banyak Kontraktor Pemasang bagi menjayakan konsep IBS ini di pelbagai peringkat kelas dan gred kontraktor di setiap negeri dan daerah. Kontraktor Pemasang ini hendaklah dipastikan hanya menggunakan pekerja tempatan yang telah dilatih di institusi latihan tajaan kerajaan.
* CLAB, di samping bertindak sebagai ejen pertukaran pekerja asing, harus juga bertindak sebagai ejen pertukaran pekerja tempatan khususnya yang dilatih oleh institusi latihan tajaan kerajaan. CLAB perlu juga mempunyai pangkalan data pusat berkaitan dengan bilangan pekerja mahir tempatan yang keluar dari institusi latihan tajaan kerajaan di setiap tahun.
Semua institusi latihan yang ada perlu membekalkan butir-butir pelatih mengikut bidang kemahiran sebaik sahaja mereka berjaya menamatkan latihan. Jika tidak CLAB, kerajaan harus memikirkan untuk membentuk unit seumpamanya yang berperanan sebagai ejen pertukaran dan pengagihan pekerja di kalangan pekerja mahir tempatan.
* Daripada menggalakkan kontraktor-kontraktor memilih pekerja asing yang mahir sahaja untuk diambil bekerja, kerajaan perlu menyarankan kepada kontraktor-kontraktor untuk memberi keutamaan kepada pekerja mahir tempatan yang telah menamatkan latihan untuk diambil bekerja secara berperingkat-peringkat.
* Bagi menggalakkan lagi penggunaan pekerja mahir tempatan dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, kerajaan harus menyediakan insentif yang sewajarnya kepada mana-mana kontraktor yang mengambil inisiatif dengan keutamaan kepada pekerja tempatan terlatih. Insentif tersebut, seperti memberi keutamaan untuk mendapat projek kerajaan, diberi pengurangan levi dan dilonggarkan syarat pembaharuan lesen sebagai kontraktor.
* PROF. MADYA ZAKARIA MOHD. YUSOF, Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia.
MTUC Against Further Levy on Employers (New Straits Times, 31 March 2008)
The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) has welcomed Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim's intention to reduce dependency on foreign workers.
MTUC general secretary G. Rajasekaran also welcomed the state government's move to equip local youths with additional skills.
However, the umbrella body of trade unions is against the move to impose a levy on employers of foreign workers.
"There is no need to impose any further levy on employers, which we believe will be deducted from the foreign workers' meagre salary."
Khalid had proposed the levy to fund the training of youths, who would eventually replace the foreign workers.
Rajasekaran said on Friday that the government had been collecting one per cent of the monthly payroll from employers for the Human Resource Development Fund (HRDF).
He said the fund had thus far accumulated more than RM200 million.
"The Selangor government should ask HRDF to allocate a certain portion of the money to the state to conduct training for youths."
He added that any move to impose another levy would burden the foreign workers.
On Wednesday, the state government proposed a plan to impose a RM10 monthly levy on employers for every foreign worker they employed.
Khalid said the 1.5 million foreign workers in the state was one of the reasons why many youths could not find jobs.
Akta Pekerja Asing dibentang (Utusan Malaysia, 20 Nov 2007)
Akta Pekerja Asing iaitu satu akta baru khusus untuk mengawal pengambilan pekerja asing dijangka dibentangkan di Parlimen sebelum sidang Dewan Rakyat berakhir pada 18 Disember ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, akta tersebut bertujuan mengurangkan masalah kebanjiran pekerja asing dan menggalakkan majikan di negara ini menggaji pekerja tempatan.
Antara perkara-perkara yang akan digariskan dalam akta tersebut ialah kadar gaji yang sama di antara pekerja asing dan pekerja tempatan, pemberian bonus selain perlindungan dan kebajikan golongan berkenaan.
"Akta berkenaan juga bertujuan memastikan pekerja asing di negara ini tidak dianiaya dan didera sehingga melancarkan demonstrasi atau perkara-perkara lain yang boleh mencemarkan imej negara" katanya.
Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di sini hari ini.
Menurut beliau, salah satu sebab negara dilanda kebanjiran pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) ialah sikap majikan menggaji warga asing dengan sewenang-wenangnya tanpa mengira dalam sektor kritikal dan tidak kritikal.
Dengan adanya akta yang khusus untuk pekerja asing, majikan yang menggaji pekerja asing perlu memberi layanan serta perlindungan sewajarnya kepada mereka dan tidak boleh melayan mereka seperti hamba abdi.
"Pekerja asing yang diambil juga perlu diberikan kediaman termasuk kemudahan asas seperti air dan elektrik mengikut Akta Pekerja 1955" jelasnya.
Akta-akta itu termasuklah Akta Pekerja 1955, Akta Pampasan Pekerja 1952 dan Akta Standard Minimum Pekerja 1990.
"Sebahagian besar iaitu 80 peratus daripada mereka ialah di industri kecil dan sederhana yang cenderung memilih pekerja asing kerana kos lebih rendah dan kesemua mereka akan didakwa di mahkamah dalam waktu terdekat" ujarnya |











