
2022 GALLERY

14 Januari 2022
Majlis Amanat Ketua Eksekutif CLAB 2022
Satu Majlis Penyampaian amanat oleh Ketua Eksekutif CLAB , En Abdul Rafik Abdul Rajis dan sumbangan prihatin bagi kakitangan-kakitangan yang telah menghadapi musibah pada tahun 2021

19 Januari 2022
Persediaan Pengambilan Pekerja Binaan Asing
Sesi libat urus bersama Agensi Pekerjaan Swasta (APS) dan Pembekal Negara Sumber untuk Persediaan Pengambilan Pekerja Binaan Asing.
28 Januari 2022

Pembinaan dan Pengurusan CLQ
Kunjungan Hormat oleh MMC Engineering bagi membincangkan mengenai Pembinaan dan Pengurusan Centralised Labour Quarters (CLQ).

8 Februari 2022
Kunjungan Hormat dari High Commision of Pakistan
Kunjungan Hormat oleh Dr Haseeb Shahbaz Amin, Second Secretary Community Welfare Attache, High Commision of Pakistan.

9 Februari 2022
Mesyuarat diantara CLAB dan FOMEMA
Mesyuarat bersama FOMEMA bagi membincangkan persediaan pemeriksaan Pekerja Binaan Asing baharu sempena pembukaan pintu sempadan negara yang akan dibuka tidak lama lagi,

11 - 13 Februari 2022
Mesyuarat Pemantauan Sukuan & Bengkel Pemantapan Permohonan Pegawai Dagang
Mesyuarat bersama CIDB bagi memantapkan Proses bagi Permohonan Pegawai Dagang,

14 Februari 2022
Kunjungan Hormat CLAB ke Kolej Kemahiran Johor bagi membincangkan hal-hal Pekerja Tempatan.
Kunjungan Hormat oleh CLAB bagi membincangkan hal-hal Pekerja Tempatan

15 Februari 2022
Proses Biometrik PATI di Ibu Pejabat CLAB bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja .
Proses Biometrik PATI telah diadakan di Ibu Pejabat CLAB bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.

8 Mac 2022
Kunjungan Hormat ke Pejabat Pengarah Imigresen Negeri Perlis bersama Pengarah CIDB Perlis
Kunjungan Hormat ke Pejabat Pengarah Imigresen Negeri Perlis bersama Pengarah CIDB Perlis bagi membincangkan hal-hal Pekerja Asing CLAB.

14 Mac 2022
Kunjungan Hormat Construction Labour Exchange Centre Berhad ke Konsulat Jenderal Republik Indonesia Johor Bahru
Kunjungan Hormat Construction Labour Exchange Centre Berhad ke Konsulat Jenderal Republik Indonesia Johor Bahru bagi membincangkan hal-hal Pekerja Asing Binaan. dan isu-isu semasa.

17 Mac 2022
Kunjungan Hormat Construction Labour Exchange Centre Berhad ke Jabatan Imigresen Pulau Pinang
Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia, Pulau Pinang yang sudi menerima kunjungan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB). Tujuan lawatan adalah untuk membincangkan urusan serta isu-isu Pekerja Asing Binaan serta jalinan kerjasama antara pihak-pihak yang terlibat.

25 Mac 2022
Kunjungan Hormat Ketua Eksekutif dan Pengurus Besar Construction Labour Exchange Centre Berhad ke Jabatan Imigresen Kuala Lumpur .
Pertemuan bersama Bahagian Pekerja Asing bagi membincangkan isu Pekerja Asing Binaan CLAB.
.jpeg)
29 Mac 2022
Kunjungan Hormat Construction Labour Exchange Centre Berhad ke Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur
Perbincangan mengenai Rekalibrasi Tenaga Kerja dan isu-isu semasa melibatkan Pekerja Indonesia bersama Pak Erga Grenaldi (Labour Attache) dan Pengurusan Tertinggi Construction Labour Exchange Centre Berhad.

31 Mac 2022
Majlis Penghargaan Staf CIDB & Anak Syarikat
Tahniah dan Syabas kepada semua penerima Anugerah Khidmat Setia 10 & 15 Tahun dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada Majlis Penghargaan Staf CIDB & Anak Syarikat 2022 di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur.

4 April 2022
Perbincangan bersama YB Menteri Kanan Kerja Raya dan YB Menteri Sumber Manusia
Mengadakan perbincangan bersama YB Menteri Kanan Kerja Raya dan YB Menteri Sumber Manusia mengenai Cadangan Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Sektor Pembinaan melalui CLAB.

13 April 2022
Kunjungan Hormat CLAB ke Jabatan Tenaga Kerja Johor Bahru
Kunjungan Hormat Construction Labour Exchange Centre Berhad ke Jabatan Tenaga Kerja Johor Bahru bagi membincangkan hal-hal Pekerja Asing Binaan. dan isu-isu semasa.

21 April 2022
Mesyuarat CLAB ke Sarawak
Mesyuarat Bersama Jabatan Tenaga Kerja, CIDB dan Jabatan Imigresen di Kuching, Sarawak dipengerusikan oleh Tuan Awang Raduan Awang Omar. Membincangkan hal Pekerja Binaan Asing dan pengenalan Construction Labour Exchange Centre Berhad ke Sarawak.

25-26 April 2022
Bengkel Pemantapan Visa Dan Rujukan
Bengkel Pemantapan Visa Dan Rujukan (VDR) diadakan di Putrajaya Marriot Hotel pada 25 April 2022 - 26 April 2022 sebagai persediaan bagi kemasukan pekerja binaan asing.

27 April 2022
Proses Biometrik PATI kedua di Ibu Pejabat CLAB bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja .
Proses Biometrik PATI kedua telah diadakan di Ibu Pejabat CLAB bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.

18 Mei 2022
Mesyuarat Bersama Ahli Baru Master Builder Pulau Pinang
18 Mei 2022 - Mesyuarat Kerjasama bersama ahli jawatankuasa baharu Master Builder Pulau Pinang. Mesyuarat ini turut disertai oleh CIDB Negeri Pulau Pinang, ABM Utara dan CLAB.

23 Mei 2022
Pembentangan Peranan CLAB di Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Perlis
Pembentangan peranan CLAB di Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis.

26 Mei 2022
Taklimat CLAB di Seminar Kesedaran SHEQ, Pulau Pinang
Taklimat mengenai Pekerja Asing Binaan dan Pembukaan Ruang Pameran di Seminar Kesedaran SHEQ (Zon Utara)di Pulau Pinang.

7-9 Jun 2022
Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Negeri Melaka
Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan di Melaka dan disertai oleh CIDB Melaka, Jabatan Imigresen Melaka, Jabatan Tenaga Kerja Melaka, Kementerian Kesihatan dan CLAB pada 7 hingga 9 Jun 2022 bagi memastikan Pematuhan terhadap peraturan dalam Industri Pembinaan keseluruhannya.

17 Jun 2022
Taklimat CLAB Kepada Tenaga Kerja Indonesia bagi Sesi Kemasukan akan datang
Sesi Taklimat kepada Tenaga Kerja Indonesia bagi Kemasukan Pekerja Binaan Asing akan datang Di Ibu Pejabat Construction Labour Exchange Centre Berhad.