DONATION TO PERKASA-MEKAR

About PerkAsa Mekar

Perkasa : adalah singkatan bagi Persatuan Ibubapa Kanak-Kanak Autisma dan Istimewa SeMalaysia (2079-07-SEL) SEJARAH PENUBUHAN Idea menubuhkan PerkAsa bermula daripada Kumpulan Sokongan Ibubapa dengan kerjasama Unit Mekar pada tahun 2005, dengan anggota seramai 10 orang. Usaha ini diteruskan lagi pada tahun-tahun berikutnya dan PerkAsa akhirnya didaftarkan pada tahun 2007 dan diluluskan pada 2008. Beralamat di Unit Mekar Hospital Selayang, perkAsa kini telah dianggotai oleh seramai 250 orang ahli yang terdiri daripada ibu bapa dan para profesional yang terlibat secara langsung atau tidak dalam pengendalian anak-anak autisma dan istimewa.

Perihatin terhadap golongan anak-anak istimewa ini, CLAB telah memberikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada PerkAsa dengan harapan dapat membantu mereka menjalani program latihan dengan kemudahkan yang disediakan. Ini juga adalah sebahagian dari projek CSR CLAB dalam membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa, budaya dan peringkat umur.

CLAB sentiasa mengambil berat akan kekurangan yang melingkari hidup segolongan masyarakat dan turut merancang untuk terus menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan pada masa akan datang.

Perihal Seminar

PerkAsa & Fakulti Perubatan UiTM Kampus Selayang telah menganjurkan Seminar Memahami Kanak-kanak Istimewa (Autism & ADHD) pada 2 Mac 2013 ( Sabtu) dari jam 8.30 pagi – 1.00 petang bertempat di Auditorium UiTM Kampus Selayang. Seminar ini terbuka dan dihadiri oleh ibubapa/penjaga yang mempunyai anak-anak istimewa, para guru dan juga pelatihyang mengendalikan kanak-kanak Autism & ADHD serta orang ramai yang berminat untuk mengetahui dan berkongsi pengalaman dalam mengendalikan anak-anak istimewa ini.