PROGRAM IM4U BERSAMA PENGHUNI MAAHAD TAHFIZ RAUDHATUL BAIDURI

Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa terutamanya kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” [Surah al-Insan: 8-9.]

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda Baginda SAW:

“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” [Hadis riwayat al-Tirmizi].

Sesuai dengan itu, Construction Labour Exchange Centre Berhad akan mengadakan Majlis Iftar Bersama Anak-anak Yatim Dan Tahfiz pada 10 Julai 2014 bersamaan 12 Ramadhan 1435 Hijrah, bertempat di Aloft Hotel, Kuala Lumpur Sentral.

Insya Allah. Semoga segala usaha murni ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.