

Hubungi Pejabat CIDB Berdekatan Anda !
Industri pembinaan merupakan salah satu industri utama dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh industri pembinaan ialah kualiti dan produktiviti kerja yang rendah disebabkan penggunaan tenaga kerja yang kurang mahir di tapak bina.
Selaras dengan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520), Seksyen 33A, CLAB telah mengambil pendekatan baharu dengan berkolaborasi bersama CIDB Negeri dan ABM untuk memastikan kontraktor yang menggunakan khidmat CLAB menghantar pekerja menjalani Ujian Penilaian Kompetensi Kemahiran (Akreditasi).
Adalah menjadi matlamat CLAB untuk memastikan pekerja-pekerja dibawah permit CLAB telah menjalani ujian penilaian dan memiliki Sijil Kecekapan Kemahiran layak melaksanakan kerja–kerja di tapakbina bagi mendokong Akta 520.
Tiada penyelia tapak atau pekerja binaan mahir boleh terlibat atau diambil, atau mengaku janji untuk terlibat atau diambil sebagai penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir melainkan jika diakreditasi dan diperakukan oleh Lembaga dan memegang suatu perakuan yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga dibawah Akta ini
Peraturan Akta 520, Seksyen 33A (1)
![Program Akreditasi CLAB [Autosaved]_edit](https://static.wixstatic.com/media/177c3c_a637fcbbd34a45709e89a957a5e66f7c~mv2.jpg/v1/fill/w_600,h_268,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/Program%20Akreditasi%20CLAB%20%5BAutosaved%5D_edit.jpg)
Tred Penilaian Kompetensi Kemahiran
Proses Akreditasi Melalui CLAB
