top of page

Notis Data Peribadi

Notis Data Peribadi

  1. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) mengatur pemprosesan data peribadi dalam transaksi perdagangan. Akta ini mengkehendaki CONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD. (“CLAB”) untuk memberitahu anda tentang data peribadi yang diperolehi dari anda dan diproses oleh CLAB.

  2. Terma yang digunakan di dalam Notis Perlindungan Data (“Notis”) seperti “data peribadi”, “pemprosesan” “transaksi perdagangan” dan “orang yang relevan” akan mempunyai makna seperti dinyatakan di dalam Akta. Untuk tujuan Notis ini pernyataan “kami” atau “kita” adalah merujuk kepada Construction Labour Exchange Centre Berhad., manakala, pernyataan “anda” atau “kamu” adalah merujuk kepada dan termasuk pelanggan tetap, pelanggan dan/atau orang yang relevan yang mencari atau memohon perkhidmatan dari CLAB.

  3. Kami memproses data peribadi anda termasuk data peribadi mana-mana orang yang relevan. Notis ini adalah terpakai kepada orang yang relevan dan anda menjamin kepada CLAB yang anda mempunyai kuasa, atau telah dibenarkan oleh orang yang relevan, untuk mengemukakan peruntukan data peribadi orang yang relevan kepada CLAB untuk tujuan dan pendedahan seperti yang dinyatakan di Notis ini dan anda berakujanji untuk memberikan satu salinan Notis ini kepada orang yang relevan itu. Peruntukan Notis ini akan dianggap sebagai notis telah diberikan kepada dan persetujuan telah diperolehi dari orang yang relevan itu.

  4. Data peribadi yang diberikan oleh anda di dalam borang-borang kami, perjanjian, laman web dan/atau dokumen lain yang sama atau penggunaan sistem CCTV di premis CLAB mungkin termasuk maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat, jantina, tarikh lahir, nombor telefon, alamat e-mel, keturunan kewarganegaraan dan imej CCTV (secara kolektif “Data Peribadi”).

  5. Anda dengan ini mengesahkan bahawa Data Peribadi yang diberikan oleh anda atau diperolehi dari anda adalah mencukupi, tepat, sempurna dan tidak mengelirukan dan Data Peribadi sedemikian adalah perlu bagi kami untuk kami memberikan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi sedemikian (seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel) atau jika Data Peribadi sedemikian adalah kurang, tidak tepat, tidak lengkap dan/atau mengelirukan, CLAB mungkin tidak dapat memberikan anda perkhidmatan yang anda perlukan atau tahap perkhidmatan yang dikehendaki.

  6. Anda dengan ini bersetuju untuk CLAB memproses Data Peribadi diberikan oleh anda dan/atau diperolehi sendiri oleh kami dari sumber-sumber sah yang lain (sekiranya ada) yang berkaitan dengan mana-mana transaksi perdagangan untuk mana-mana daripada tujuan berikut:

  • untuk memudahkan transaksi perdagangan bersama anda dan menyempurnakan obligasi kontrak kepada anda sekiranya ada termasuk tanpa terhad persediaan mana-mana perjanjian yang relevan sekiranya ada dan bagi menjaga akaun-akaun dan rekod-rekod kami sendiri di perjalanan biasa perniagaan kami;

  • untuk mengesahkan identiti anda, memberikan respons kepada permintaan, mengemaskini rekod-rekod anda, membuat perkhidmatan sokongan pelanggan, menyediakan perkhidmatan dan barangan lain yang dikehendaki di dalam perjalanan biasa perniagaan kami;

  • untuk memudahkan keperluan-keperluan khas seperti yang berkaitan dengan sebarang ketidakupayaan atau keadaan kesihatan yang boleh memberi kesan kepada perkhidmatan yang dipilih;

  • untuk berkomunikasi bersama anda melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, faks, surat dan/atau mana-mana saluran-saluran komunikasi lain yang sesuai;

  • untuk memaklumatkan kepada anda mengenai mana-mana pemasaran, jualan atau promosi perkhidmatan CLAB dan/atau syarikat-syarikat terpilih ditawarkan oleh rakan pemasaran bersama atau penyedia perkihidmatan CLAB dan/atau sebarang perubahan kepada produk kita, barangan, kemudahan, perkhidmatan, program kesetiaan yang boleh member kesan kepada anda dan/atau memberi anda dengan surat berita kami, terbitan berkala, cabutan bertuah, peraduan dan/atau kajian melalui SMS, panggilan telefon,e-mel, faks, surat dan/atau mana-mana saluran-saluran komunikasi lain yang sesuai melainkan anda sebaliknya telah memberitahu kami yang anda tidak berhasrat untuk kami memproses Data Peribadi anda bagi maksud sedemikian di alamat dinyatakan di bawah Notis ini;

  • penyertaan anda di dalam cabutan bertuah dan peraduanyang dikendalikan oleh kami atau bagi pihak kita;

  • penzahiran awam dan penggunaan Data Peribadi anda, imej, gambar, suara dan rakaman video untuk tujuan publisiti tanpa bayaran atau pampasan sekiranya anda menjadi seorang pemenang di dalam satu peraduan;

  • penggunaan system CCTV untuk pencegahan jenayah;

  • untuk menguatkuasakan hak undang-undang dan kontraktual dan obligasi; dan

  • memenuhi keperluan kawal selia dan undang-undang.

​

 7. â€‹Bagi melaksanakan perkhidmatan yang anda perlukan, anda dengan ini bersetuju untuk CLAB mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (di dalam dan/atau di luar Malaysia):

  • Syarikat induk kami, subsidiari, syarikat-syarikat bersekutu dan yang berkaitan;

  • pekerja kami, perunding, akauntan, juruaudit, peguam, penasihat, kontraktor, penjual atau penyedia-penyedia perkhidmatan untuk menyediakan perkhidmatan sokongan pelanggan kepada anda seperti tawaran promosi, cadangan, surat berita, pemprosesan pembayaran kad kredit, penyertaan anda di dalam cabutan bertuah, peraduan dan/atau kajian;

  • mana-mana pemegang serah hak sebenar atau pencadang, penerima pindahan, peserta atau peserta ganti bagi hak atau perniagaan CONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD;

  • ahli-ahli keluarga terdekat anda dan/atau orang yang dihubungi semasa kecemasan seperti mungkin diberitahu kepada CONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD dari semasa ke semasa;

  • di mana dikehendaki oleh undang-undang, proses guaman, pertanyaan dari pihak berkuasa berkaitan dan/atau perkara berkaitan dengan hidup dan mati, keselamatan atau harta seseorang individu atau keselamatan atau harta sesebuah perbadanan;

  • orang awam dengan menyiarkan Data Peribadi anda, imej, gambar, suara dan rakaman video untuk tujuan publisisti tanpa bayaran atau pampasan sekiranya anda menjadi seorang pemenang di dalam satu peraduan.

​

 8. Kami mengambil semua langkah-langkah pencegahan yang munasabah bagi melindungi keselamatan Data Peribadi anda dan untuk memastikan bahawa Data Peribadi yang kami kumpul, guna dan           dedahkan adalah tepat, lengkap dan terkini. Sekiranya anda mahu membuat sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi atau menulis kepada kami di alamat dinyatakan di bawah:​

​

CONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD (634396-W)

      Level 2, Annexe Block, Menara Millenium

      No.8, Jalan Damanlela, Bukit Damansara

      50490 Kuala Lumpur

      Tel: 603-2095 9599
      Faks: 603-2095 9566
      Emel: info@clab.com.my

​

  1. Anda mempunyai hak untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda. Sekiranya anda mahu berbuat demikian, sila hubungi atau menulis kepada kami di alamat di atas. Anda hendaklah membuat permohonan anda secara bertulis untuk sebab-sebab keselamatan dan tujuan-tujuan pengesahan. Sejajar dengan Akta, CLAB akan mengenakan bayaran tertentu bagi yuran pemprosesan untuk semua permintaan bagi mengakses data yang dibuat oleh anda. Sekiranya kami enggan untuk membenarkan permohonan anda untuk akses atau pembetulan kepada Data Peribadi anda kami akan memaklumkan kepada anda sebab keengganan kami.

  2. Kami mungkin mengkaji semula dan mengemaskini Notis ini dari semasa ke semasa untuk menggambarkan perubahan-perubahan di dalam Akta. Versi terbaru Notis akan diberikan atas permintaan anda di alamat di atas atau boleh didapati di www.clab.com.my.

  3. Sekiranya berlaku sebarang ketidakselarasan di antara Notis versi bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.

bottom of page