top of page

Services
EMPLOYER EXCHANGE

The project has ended and has a surplus of foreign workers?
Don't worry, CLAB is ready to accept your foreign workers.

Application for Employer Exchange is a program for the former employer who is currently employing an existing foreign worker who wants to transfer the foreign worker to a new employer (CLAB) due to certain reasons.
This is a facility given to employers to ensure continued employment opportunities for foreign workers involved and it is subject to policies and regulations set by the government.
Employers will not be blacklisted
Return of levy
to the former employer according to the remaining period of PLKS
The transfer of workers to CLAB is free of charge
Can reduce employer costs
-
Apakah yang dimaksudkan bagi permohonan Pertukaran Majikan?Permohonan Pertukaran Majikan bermaksud majikan asal yang sedang menggajikan pekerja asing sedia ada ingin memindahkan pekerja asing tersebut ke majikan baharu (CLAB) disebabkan oleh kes-kes tertentu. Ini merupakan satu kemudahan yang diberikan kepada majikan untuk memastikan kesinambungan peluang pekerjaan kepada pekerja asing yang terlibat dan ianya tertakluk kepada dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
-
Apakah kriteria pertimbangan bagi permohonan Pertukaran Majikan?Kriteria pertimbangan bagi permohonan Pertukaran Majikan adalah seperti berikut: i. Majikan diisytihar muflis; ii. Majikan telah menutup operasi syarikat; iii. Majikan yang ditimpa musibah (kebakaran, bencana alam, kegawatan ekonomi dan lain-lain yang disifatkan sebagai perkara musibah) dan tidak mampu menggaji pekerja asing; iv. Penstrukturan semula syarikat Enterprise kepada Sdn Bhd/Berhad; v. Perubahan nama syarikat atau nama pengarah/lembaga pengarah; vi. atau telah Majikan asal telah meninggal dunia. Bagi kes majikan asal yang meninggal dunia, hanya waris (anak/suami/isteri) sahaja dibenarkan untuk memohon proses tukar majikan. (Sumber KDN)
-
Sektor manakah yang layak dipertimbangkan dalam permohonan Pertukaran Majikan di CLAB?Hanya majikan di bawah sektor pembinaan sahaja yang dibenarkan penggajian pekerja asing yang layak dipertimbangkan untuk menjadi majikan baharu atau majikan penerima. Majikan-majikan dalam sektor yang didalam senaraihitam CLAB tidak dibenarkan menyertai program ini dan tidak layak untuk menjadi majikan baharu atau penerima.
-
Apakah kategori pekerja asing yang tidak layak dipertimbangkan dalam permohonan Pertukaran Majikan di CLAB?Pekerja Asing kategori pas 6P, Program Rehiring, Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) atau mana-mana program pemutihan, pembantu rumah, pekerja selain pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan pemegang PLKS tahun penggajian ke-9 dan ke-10 tidak layak untuk dipertimbangkan Pertukaran Majikan.
-
Bagaimanakah majikan hendak melakukan permohonan Pertukaran Majikan melalui CLAB?a. Majikan perlu menghantar permohonan kepada CLAB bersama dokumen berkaitan mengikut Senarai Semak Pertukaran Majikan JTKSM dan CLAB akan membuat semakan dan mengeluarkan Surat Akuan Penerimaan Permohonan untuk lampiran bersama dokumen permohonan Pertukaran Majikan JTKSM. b. Pihak CLAB akan menghantar permohonan lengkap majikan asal kepada JTKSM bagi mendapatkan surat sokongan daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk proses Pertukaran Majikan.
-
Apakah kelayakan kelulusan bagi permohonan Pertukaran Majikan di JTKSM ?Kelulusan pertukaran majikan bergantung kepada pematuhan majikan dan pekerja asing terhadap semua undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
-
Apakah kriteria tempoh sah laku PLKS semasa permohonan dilakukan?Tempoh sah laku PLKS pekerja asing yang terlibat mestilah aktif sekurang-kurangnya 3 bulan semasa permohonan dilakukan bagi memastikan ianya dapat diproses.
-
Kategori majikan yang dibenarkan untuk melakukan permohonan Pertukaran Majikan?Hanya Majikan Asal sahaja yang dibenarkan membuat permohonan Pertukaran Majikan.
-
Siapakah yang dibenarkan untuk menghantar permohonan bagi Pertukaran Majikan tersebut ke CLAB?i. Majikan asal atau waris (suami/isteri/anak) kepada majikan asal yang telah meninggal dunia; ii. Wakil kepada majikan asal (dicarum dalam KWSP syarikat); iii. atau Wakil APS yang dilantik oleh majikan asal.
-
Kepada siapakah makluman keputusan permohonan Surat Sokongan JTKSM bagi Pertukaran Majikan akan dimaklumkan?Keputusan permohonan tersebut akan dimaklumkan kepada majikan baharu manakala majikan asal akan menerima salinan makluman tersebut.
-
Bagaimanakah keputusan permohonan Surat Sokongan Pertukaran Majikan akan diperolehi?Permohonan yang dikemukakan akan diberi makluman keputusan permohonan Surat Sokongan Pertukaran Majikan melalui emel. Justeru, maklumat emel Majikan Asal yang memohon adalah WAJIB.
-
Apakah yang perlu dilakukan oleh majikan selepas mendapat Surat Sokongan Pertukaran Majikan daripada JTK?Majikan Asal/ Waris (bagi kes kematian majikan asal) perlu mengisi borang permohonan pertukaran majikan dengan lengkap dan mengemukakan dokumen permohonan seperti dalam senarai semak kepada Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri (KDN).
-
Apakah keadaan yang berlaku di akhir proses pertimbangan permohonan Tukar Majikan?Sekiranya permohonan Pertukaran Majikan dipertimbang dan diluluskan diperingkat OSC, KDN, CLAB akan mendapat Surat Kelulusan Tukar Majikan dan seterusnya perlu hadir ke Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan proses cetakan PLKS yang baharu.
-
Sekiranya permohonan pertukaran majikan tidak diluluskan oleh OSC, KDN apakah yang perlu dilakukan oleh majikan asal kepada pekerja asing tersebut?Majikan asal perlu membuat proses Memo Periksa Keluar di Jabatan Imigresen Malaysia bagi pekerja asing tersebut dan semua kos penghantaran pulang pekerja adalah di bawah tanggungan majikan asal.
bottom of page